BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 2 August 2011

Al-Quran seperti seorang lelaki yg tampan di akhirat kelak..

Rasulullah SAW bersabda :'Bila seseorg lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dgn pengebumiannya,berdiri lelaki yg betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan,lelaki itu berada di antara kain kapan dn si mati.

Selepas pengebumian,semua balik rumah,datang 2 malaikat Mungkar dan Nakir dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yg telah meninggal itu seorg diri tentang ketaatannya kpd Allah.Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku.Aku tidak akan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.Aku tidak boleh meninggalkannya hingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.''

Selepas itu dia berpaling pada temannya yg meninggal dan berkata,

''Aku adalah Al-Quran, yg mana kamu membacanya,kadang-kadang dengan suara yg nyaring dan kadang-kadang dengan suara yg perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir,kamu tidak akan bersedih.''

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dlm Syurga) tempat tidur dari sutera yg dipenuhi bauan kasturi.

................

Rasulullah SAW bersabda: ''Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yg lebih baik darjatnya drpd Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.''

................

*Semoga ia dapat menjadi 'taujihad' kpd kita dlm beramal dengan sebaiknya. Wallahua'lam..

0 comments: